Friday 14 December 2012

From Bulawayo - Zimbabwe to Francistown - Botswana

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.


11 November 2011 Jumaat - Perjalanan diteruskan dari Bandar Bulawayo, Zimbabwe ke Francis Town, Botswana. Mengikut kata orang tempatan tak la jauh mana lebih kurang 190 kilometer sahaja. So plan nanti di Botswana akan ziarah classmate yang tinggal di sana. Selain dari tu memang tak ada plan lain. Kebiasaan bila last destination ni memang ideal dah tak ada sangat sebab bajet pun dah nak habis hahaa..
 
Tenaga nuclear banyak digunakan di Afrika untuk kegunaan elektrik.
Aku rasa inilah dia sebab tengok dalam movie banyak hahaha :D
Kami singgah Solat Jumaat di salah satu masjid besar di Bulawayo sebelum mencari bas untuk ke Francis Town. Selepas habis solat jumaat ada beberapa ahli qariyah menegur kami. "Pakcik rasa kamu bukan orang sini.. buat apa kat tengah-tengah afrika ni.?" Aku jawap "Kami student di Duzak saja datang negara ni jalan-jalan di Victoria Fall dan akan berkunjung rumah kawan di Francis Town".

Terjumpa masjid cantik dan comey ini. setelah di bantu orang tempatan..
Alhamdulillah at last dapat solat jumaat juga.
Suddenly pakcik tu tanya bila nak pi Francis Town? Aku pun kata la lepas solat jumaat ni. Dia tanya dah makan. Dalam hati aku "Yes, Nak belanja makan la ni" hahaa.. Memang betul pun. Inilah nama nya Rezeki. Dapat seorang satu buger Chicken Tikka, Chips dengan Steak. Alhamdulillah kenyang tak terkata :P

Dapat makan buger chicken tikka, chips dengan steak free Alhamdulillah :D 
Alhamdulillah rezeki sangat bila ditemukan dengan pakcik baik hati ni. Selepas belanja kami then dia bawa kami makan di rumah. Pakcik tu kata boleh la kamu makan dengan selesa sedikit dan boleh la nak fresh up mandi apa semua di rumah. Dia ada 3 orang anak lelaki ada diantara anak pakcik ni yang sedang menghafal Quran.

Lepas makan dan fresh up kami di bawa ke highway yang menuju terus ke Bostwana. Dia kata tak payah pergi station bus sebab sini satu-satunya jalan yang menghubungkan antara Bulawayo dengan Francis Town. 

Pakcik ni bagi option pada kami. Nak naik naik bas boleh atau naik Combi (mini bas) atau nak naik kereta private. Sebab kebanyakan orang yang nak ke Botswana ni drive seorang diri sahaja. So kalau kamu tumpang private car ini just bayar tips sikit yang mana lebih murah dari tiket bas dan lebih cepat di border nanti.

Perjalanan sejauh 193 km untuk sampai di Francis Town dari Bulawayo.
Bila dia amik tumpangkan orang nak cross border dari Zimbabwe ke Botswana. Tak la boring and at least dapat cover sedikit sebanyak duit petrol dia. And paling utama diorang charge lagi murah dari Combi. Other benefit bila naik private vehicle ialah nanti di border tak perlu nak tunggu lama sangat dengan kastam nak check barang la dan nak kene tunggu line panjang untuk stamp passport dengan immigration.

Di hadapan pejabat immigration Zimbabwe.
Dari Zimbabwe akan melalui Plumtree Border Post dan Botswana Ramokgwebana Border Post.
Kami spend tak sampai 20 minit untuk stamp passport dengan immigration Zimbabwe dan Botswana. Yang bestnya pegawai immigration Botswana agak terkejut dengan kehadiran orang Malaysia yang memegang passport merah datang ke negara mereka. Tanpa banyak bertanya pegawai tersebut memberi kami tempoh selama 90 hari untuk stay di Botswana.

Tak macam pegawai Zimbabwe minta pelbagai document. Sehingga nak check card bank kami betul atau tidak. But maybe the worse border immigration bagi aku adalah pihak border Zimbabwe. aku bagi rate 0/10 hahaa. Memang teruk macam cibai :P oppsss sorry but that how their are. Nak keluar memang tak ada masalah but nak enter Zimbabwe by border memang teruk.

On the way to Francis Town.
Satu-satunya Mall di Francis Town.
Kami    naik sebuah pick up dia charge seorang 50 Pula - mata wang Botswana iailah PULA. Yang bersamaan RM19.46. Sebelum asar kami dah sampai Francis Town, Botswana. Abang kawan aku iaitu Maulana Farrouk ambil kami di Mall berdekatan.. actually Maulana Farrouk ni senior aku dulu di Duzak.. by the way memang ada satu Mall je kat sini hahaha.. Francis Town ni adalah second largest city di Botswana.. but population seluruh negara 2.098 juta sahaja so kat bandar ni tak sampai 120.000 orang pun.. kiraan pada tahun 2011.. Ibu negara Botswana ialah Gaborone population 250.000 orang.. jarak dari Francis Town 400 kilometer ke arah selatan.. 

Yang best nya pasal negara Botswana ni.. ialah tak seteruk Zimbabwe.. jalan dari Bulawayo ke border memang teruk.. dengan lubang2 la.. so bila lepas dari border masuk Botswana memang rasa lain sangat.. even negara bersebelahan.. jalan dari border ke Francis Town memang cantik dua line setiap arah.. baru lak tu.. dan boleh nampak lebih teratur segala aspek.. dan juga bersih.. but tempat lain tak tahu la.. mungkin Francis Town je kot yang cantik.. ;D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...