Monday 24 September 2012

Part 1: Truly Of Africa.. Republic of Malawi

Assalamualaikum..

Selepas tour di Zambia.. aku cross border ke negara sebelah - Republic of Malawi.. negara ni best sebab ada satu tarikan UNESCO WORLD HERITAGE iaitu Lake Malawi.. memang terkenal di dunia.. Malawi Lake ni panjang lebih 700 km dari South - North.. dengar macam best so itulah misi aku di Malawi nie hehee..

Kedudukan Tasik Malawi di Southern Africa
Dari Border Mchinji, Malawi.. Kene naik teksi atau bas mini (van).. untuk ke Lilongwe, The Capital of  Malawi.. Masa tengah sibuk cari transport tiba2 ada orang offer naik van dia.. dia hanya orang biasa bukan bas mini dan dia akan ke Lilongwe..


Perkhidmatan bas dari Border Mchinji ke Lilongwe.
Dia charge seorang RM 30.00 - 90 km dari border.. so naik la.. ingatkan senang la.. sebab kalau kerete sendiri tak susah macam naik bas mini yang akan selalu berhenti naik turun penumpang dan  lagi mahal..

Kami di izin untuk bermalam sebagai tetamu..
Masjid A-Falaah.. Lilongwe..
Sekali dah naik.. rupa2 nya dia boleh angkut orang lain lagi sampai penuh van tu nasib baik aku duk depan.. kesian la kat anas ,umar ngan musab kat belakang tu huhu.. naik mcm bas ayam jugak..

Sebelum masuk Bandar Lilongwe ade post tentera.. untuk check kenderaan keluar masuk.. bila check van yang kami naik.. dah ok boleh jalan.. sekali Mus'ab buat hal..

Dia snap gambar post kawalan.. terus pegawai tentera marah Mus'ab (sebab tak boleh amik gambar).. kesian Mus'ab lama kene marah hehee.. nasib baik dia tak rampas camera just suruh deleted gambar yang dia amik jer..

Sampai Lilongwe lepas maghrib.. aku denagn yang lain cari masjid nak solat dulu.. sebelum teruskan perjalanan ke Lake Malawi..

Kami jumpa Masjid Al Falaah.. masjid terbesar di sini.. Bila masuk jer orang2 masjid tanya.. ni jemaah tabligh ke? ada kursus ker..??  kami kata bukan.. Just student nak jalan2 time holiday..

Ahli qariah sambut kami dengan baik.. lepas selesai kami solat jama' magrib - isya'.. ahli jawatan kuasa masjid panggil kami duduk dengan mereka dalam masjid.. tanya kami macam2.. bila tahu kami pelajar agama lagi la mereka suka.. dan tiga dari kami hafiz pulak.. kami di layan seperti tetamu VIP..

Orang masjid bagi cadangan pada kami.. kata mereka waktu malam bahaya naik bas pergi Malawi Lake.. kami di izin kan bermalam di bilik tetamu masjid.. esok baru teruskan perjalanan ke Malawi Lake.. kami  pun ok je..

Bersama Maulana Abdur Rahman Imam Masjid Street 7,
Sahabat lama di University Zakariya, Johannesburg, Afrika selatan

Lepas solat isya'.. ramai datang jumpa kami.. siap ada yang bawakan pizza untuk makan malam kami.. ada yang bawakan kami roti nan dan kari ayam.. time nak amik malu2.. masuk bilik terus makan maklumlah lapar.. alhamdulillah itulah rezeki.. ada juga yang bertanya.. nak selimut, bantal etc.. yang ajak datang tido rumah diorang pun ada..

Lepas solat subuh dan baca quran.. ada ustaz ni tanya " ada nak pi mana2 ke kat Lilongwe ni.." aku kata ada kawan kat sini super senior la kat Johannesburg.. kalau di izinkan aku memang nak jumpa dia.. ustaz tu tanya lagi dia tinggal mana.. aku kata dia imam kat masjid street 7.. Maulana Abdur Rahman.. terus pakcik seorang ni offer bawa kami naik kete pi masjid tu.. tak sampai 10 minit.. kami sampai..

Satu2 nya bas dari Lilongwe untuk ke Mangochi ..
Makan jagung bakar untuk lunch kami dalam bas
4 tahun tak jumpa.. Maulana Abd Rahman ni jamu breakfast.. nasi tu macam nasi lemak tapi sebenar nyer masak pakai susu dan gula.. manis giler.. aku buat kering je makan je la.. sebab perut aku boleh ape je makanan asalkan halal.. Mus'ab memang tak leh nak telan hahaa.. lepas setengah jam lebih kami pun balik.. ntah bila boleh jumpa balik dengan Maulana abdur Rahman ni..

Balik semula ke Majid Al-Falaah.. kemas barang.. kami di bawa ke rumah Rashid Bhai.. untuk bersarapan.. Orang nya biasa tapi makanan dia luar biasa.. Ada sandwich, daging hancur black pepper, jus oren, roti bakar, butter, scramble eggs , tea, coffee macam2 la :P.. Walau malu2 nak makan.. tapi habis semua kami makan hahaa...

Bila dah naik bas lebih 7 jam untuk perjalanan 250 km..
Macam ni la jadi nyer.. Main snap2 gambar :P
Mus'ab dah bele & lapar.. tak tau apa nak buat..
Ayam hidup pun diorang bawa naik bas.. Ayam goreng boleh tahan lagi..
Kesian umar duduk sebelah ayam hehehee.. 

Ticket bas pukul 9.00 pagi tapi pukul 11 lebih baru bertolak.. perjalanan 250 km dan bas ni macam ikan sardin.. orang bawa ayam hidup pun ada.. dekat waktu magrib pukul 6.30 petang kami sampai Mangochi.. dan harga ticket bas berharga 1700 kwacas (RM 25.00)..  dari Linglowe ke Mangochi..

Sampai Mangochi Station Bus.. kami naik bas lagi satu untuk ke Pekan Monkey Bay (setengah jam juga) dan bila sampai cari Mufasa Lodge sebab hari dah agak gelap.. (harga bas ni pulak 400 kwacas).. nasib baik ada seorang mamat kampung ni tolong kami untuk cari hostel kami.. bila sampai di Mufasa Lodge.. baru tahu dia memang kerje kat situ pun.. patut la dia tolong pun hehee.. Continue Part 2..

4 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Plik la plak baca tnp lihat gmbr..xkn xdk 1 pn gmbr?? ermm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar ada.. malas nak upload untuk masa sekarang..

      Delete
  2. aaa, bosan la membaca tnp sebarang gmbr.. dh la cter pnjg bjela, adehhh... kalo ringkas n xbergambar tue ok la gak..xpa2, sy wait awk upload gmbq na..

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam dah lupa entry nie.. dah lama update moga pengemon ini kembali melihat gambar :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...