Friday, 4 November 2016

Jom Baca Tips Ke Morocco Mr Time Traveller Di Harian Metro

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..


Alhamdulillah first at all bersyukur sangat bila tulisan aku diterima oleh Harian Metro pada keluaran Khamis 03/11/2016 - Permulaan yang baik aku rasa setelah sekian lama mendiamkan diri hehehee.. Apa pun jom baca tips ke Morcocca yang disiarkan oleh Harian Metro ini.. if korang nak baca la.. tak paksa pun hehee.. :P

Keratan dari Harian Metro Khamis - 03/11/2016
Anda mahu ke Maghribi? 
Jika bijak merancang, bajet sepanjang berada di negara itu lebih murah.

Morocco atau Maghribi bukanlah nama asing dalam dunia pelancongan kerana negara itu dikunjungi setiap masa sepanjang tahun.

Terdapat banyak lokasi prasejarah di Maghribi yang diiktiraf sebagai kawasan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (UNESCO) kerana keunikan seni bina dari permulaan Tamadun Rom yang bermula dari tahun 24 Sebelum Masihi hinggalah ke permulaan tamadun Islam Dinasti Al-Idrisiah pada tahun 800 Masihi.

Landskap Maghribi yang cukup indah dipandang selain keunikan budaya masyarakatnya terutama di Marrakech, Fes dan Meknes.

Keistimewaan makanannya juga menjadi antara penyebab mengapa Maghribi perlu diletakkan dalam senarai menjadi negara yang wajar dilawati.

Ramai yang beranggapan mengembara ke Maghribi sukar dan mahal kerana dari sudut geografi, ia terletak ribuan batu dari Malaysia, apatah lagi kos penerbangan pergi balik sekitar RM2,000 hingga RM3,500 seorang. Bagaimanapun, jika bijak membuat perancangan, anda mampu menjadikan bajet sepanjang berada di Maghribi lebih murah.

Berdasarkan pengalaman seorang rakyat Malaysia, Muhamad Afif Muhamad Salleh, dia hanya menggunakan kos tidak sampai RM1,000 selama sembilan hari di Maghribi untuk penginapan, perjalanan, makan minum dan tiket masuk ke tempat menarik tidak termasuk tiket penerbangan.

Berikut beberapa tip diberikan beliau yang pernah mengembara ke 36 negara di seluruh dunia, terutama di Afrika yang merancang menjelajah ke Maghribi yang boleh dibaca di timetravelafif.blogspot.com.


Me with family at Hassan II Mosque The Biggest Mosque in Morocco.
Pemandangan Kota Qadim dari atas bukit "Tombe dei Merenidi" Fes.
Madrassa Ben Yusof @ Marrakech

#Berkunjung pada masa bukan musim puncak (off peak season) 

Waktu paling sejuk di Maghribi dari Disember hingga Mac manakala waktu popular pelancong dari permulaan Oktober hingga November dan awal April kerana suhu ketika itu tidak melebihi 30 darjah Celsius pada waktu siang dan dan boleh mencecah 14 darjah Celsius pada malam.

Jika tidak kisah dengan cuaca panas, anda boleh mengembara pada Mei hingga Jun kerana tidak ramai yang ingin bercuti pada waktu itu. Musim luruh pada Julai, Ogos dan September adalah waktu kemuncak pelancong di Maghribi. Jadi, jika anda datang pada waktu ini buat tempahan penginapan seawal mungkin bagi mengelak ketiadaan penginapan.


#Kembara berkumpulan dua hingga empat orang 

Di kawasan luar bandar tiada kemudahan kereta api atau bas menyebabkan teksi menjadi menjadi pengangkutan awam utama bagi pelancong.

Hanya teksi di bandar utama seperti Casablanca dan Rabat menggunakan meter. Di bandar lain, tambang teksi hanya mengikut anggaran. Jadi, tawar dulu tambang sebelum menaiki teksi mereka.

Bayaran teksi berdasarkan satu perjalanan, bukannya kiraan mengikut penumpang. Teksi di Maghribi tidak membawa penumpang lebih daripada empat orang dan ada sesetengahnya hanya mengambil tidak lebih tiga penumpang.


# Elak makan dan minum di tempat mahal 

Elak makan di restoran besar dan mahal termasuk restoran makanan segera. Cari kedai kecil untuk membeli makanan seperti kebab, sandwic dan kentang goreng.
Kedai makanan sedap yang murah biasanya berada di lorong Madina Qadim atau Kota Lama di setiap bandar. Walau di mana anda berjalan, ada kedai di kiri dan kanan. Cubalah makanan tradisional mereka seperti ‘tajin’ ayam atau daging terutama apabila berada di Marrakech.

NOTA: Jika tidak boleh meninggalkan nasi dalam diet anda, siap sedialah kerana tiada nasi di Maghribi. Makanan utama di sana ialah roti semata-mata. Sebenarnya nasi cuma ‘sayur’ dalam menu makanan mereka jika anda terjumpanya dalam sayuran anda. Jika mahukan juga, mintalah nasi putih yang berharga RM5 hingga RM8 sepinggan!


Archaeological Site of Volubilis - City of Roman @Near by Meknes City

# Bawa makanan dari Malaysia 

Sekiranya anda tidak boleh menerima makanan di negara orang, bawalah sedikit makanan segera seperti mi segera, sambal ikan bilis kering, peket makanan atau sardin. Ini bagi mengelak anda terpaksa membeli makanan mengikut selera anda dengan harga mahal.

NOTA: Makanan di Maghribi hampir semuanya halal termasuk restoran makanan segera seperti KFC, McDonald’s dan Pizza Hut. Banyakkan minum air bagi mengelak badan anda dehidrasi kerana cuaca kering dan panas serta berdebu.


# Tempah penginapan awal 

Maghribi seperti negara lain menawarkan hotel murah serta hostel bagi mereka yang inginkan penginapan seperti itu. Dorm atau asrama rata-rata mengenakan caj di bawah 10 Euro seorang.

Jika datang berkumpulan tiga atau empat orang, lebih baik anda mengambil bilik peribadi berharga sekitar 20 hingga 30 Euro.

Harga bilik lebih mahal jika membuat tempahan pada tarikh hampir dengan ketibaan anda.

NOTA: Cukai penginapan 2 hingga 3 Euro dikenakan kepada setiap pelanggan setiap kali mendaftar masuk. Biasanya harga di dalam laman web tidak termasuk cukai penginapan.


Another historical structure at Tombe dei Merenidi - Fes @ Morocco
At Fes Train Station - First trip with my beloved baby Afifa :D


# Membeli barangan kraftangan Maghribi 

Kraftangan Maghribi terkenal di seluruh dunia terutama piring hidangan berwarna-warni yang memiliki corak berukir dan periuk tajin yang dibuat daripada tanah liat.

Elak membeli di bandar besar kerana harganya berganda dari kawasan luar bandar. Meknes dan Fes adalah tempat yang murah untuk membeli barangan kraftangan Maghribi.

NOTA : Lapangan terbang di Casablanca tidak membenarkan anda membawa kraftangan diperbuat daripada tanah liat ini di dalam ‘hand luggage’. Oleh itu, sediakan beg atau kotak sesuai untuk membawanya pulang.


# Rancang perjalanan 

Perancangan awal mengenai destinasi mahu dituju atau aktiviti ingin dilakukan sangat disarankan bagi mengelak anda terkejar-kejar sehingga membazirkan masa dan wang.

Jika tiada masalah tidur di dalam kereta api atau bas, ambillah perjalanan pada waktu malam kerana dapat menjimatkan kos penginapan.

NOTA: Pemegang Pasport Malaysia perlu memohon visa berharga RM90 sekali masuk atau RM130 dua kali masuk. Visa siap dalam tempoh tujuh hari pada ‘off season’ dan 14 hari jika ‘pick season’.


Tuesday, 16 August 2016

Myanmar Part 3 : Journey To Country Side - Inle Lake Town

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 1Malaysia..

Sambungan dari Myanmar Part 2 : Bandar Yangon Menyambut Kehadiran Kami


Alhamdulillah at last dapat jugak update Myanmar Part 3 ni.. Banyak keadaan tak mengizinkan untuk berada depan laptop nak update.. Baby tak sihat kemudian mak baby pulak masuk hospital but alhamdulillah both of them dah nampak sihat.. huhuuu..

Okay back to my original plan ialah matlamat utama untuk ke Inle Lake Town yang terletak lebih 600 km dari Bandar Yangon.. Ada tiga cara untuk ke Inle Lake dari Yangon.. Pertama ialah dengan menaiki penerbangan dan (paling mahal).. Kedua ialah dengan menaiki kereta api dan cara terakhir ialah dengan menaiki bas paling (paling murah huhuuu)..


Inle Lake - The Beautiful Countryside of Myanmar..

Banyak review yang mengatakan adalah lebih baik menaiki train kerana bas agak berisiko tinggi sebab melalui kawasan gunung-ganang dan lembah gaung etc.. But sometimes once u travel kita tak boleh menjangkakan apa akan berlaku.. Insyallah banyakan bertawakal.. Dan alhamdulillah kami memilih untuk menaiki bas VIP perjalanan malam.. boleh la save bajet untuk accommodation sket kan.. :D

Kami naik VIP Sleeper Bus dengan harga 18,500.00 Kyat seorang (seat 2-1) tapi kalau naik bas biasa 14,000.00 Kyat seorang (Seat 2-2).. Yang best nyer bas di Myanmar memang 5 star aku bagi.. Bersih, Stewardess ada, Aircond sejuk terbaik, toiletries pun kasi, selimut, bantal kepala, ada tandas, roti dan mineral, pepagi dapat coffee atau tea lagi tu.. dan paling best dia kasi panadol takut kita pening sebab nanti akan lalu kawasan jalan ular kat lereng bukit..


Keadaan bas yang dilengkapi tv dan stewardess..  Dan budak yang comel :P
Suasana meriah dalam keselesaan bas ke Inle Lake Town..

Perjalanan mengambil masa sepanjang malam.. Kami mula bertolak dari terminal bas pada pukul 8.00 malam dan selamat tiba di perhentian Inle Lake pada pukul 7.15 pagi kesokan harinya.. Apa yang aku perasan bas ini akan stop hampir setiap 3 jam di perhentian mahu pun di restoran.. So tak ada masalah la kami nak solat magrib isya'..


Suasana tempat makan di salah satu tempat perhentian..
Lengkap dan Bersih - Mutu utama mereka di sini.. 
Salah satu tempat perhentian di kedai kopi.. Minum layan kopi memalam.. Layan beb :D

Perjalanan sepanjang malam tak terasa kami berada di dalam bas.. Memang tidur senyenyak la kata orang hahaha.. Okay bila sampai jer di persimpangan Inle Lake anda perlu mengambil teksi untuk ke Pekan sejauh lebih 9.0 km.. Masa ni kene pandai buat tawar menawar.. Kami dapat teksi 6500.00 Kyat bahagi 4 orang maka 1625.00 Kyat seorang..

Memang kene naik teksi sebab agak jauh.. Dan satu tips di sini ialah make sure kautim dengan pemandu teksi sebab anda sebagai pelancong kene membayar cukai 10 USD seorang untuk memasuki Pekan Inle Lake.. So bayar lebih pada orang teksi tak lah serugi bayar 10 USD tu.. mean jangan bayar 10 USD tu la hahahaa :P ..


Bergambar dengan pemandu2 teksi yang menunggu pelancong turun bas..
Perjalanan dan suasana ketika menuju ke Pekan Inle Lake..
Suatu keadaan yang memukau pemandangan aku :D

So korang kene beringatlah.. Jangan nak tawar sangat dengan driver teksi tu.. Tawar sket lepas tu try kautim dengan dia.. Sebab kalau 4 org dah kene bagi 40 USD.. Bukan sket tu.. Banyak ooo.. So make sure always travel smart, safe and cheap hahahaa.. :D

So once korang dah dapat naik teksi ni legalah hati.. Dan perkara yang aku tak lupa nak bagitau korang ialah pemandu teksi ni akan tanya "hotel mana yang korang booking?"so macam kitorang yang walk in ni, tak booking mana2 hotel.. Teksi ni akan bawa kami pergi survey hotel sampai la kita jumpa hotel yang sesuai..


Aku tak bernasib baik kene bayar pulak.. so korang jangan terbayar lak yer..
Terserempak dengan kanak2 pulang dari sekolah..
Menuju masuk ke Pekan Innley Lake.. dan terus mencari hotel yang sesuai :D

Selepas selesai membayar cukai yang tak patut untuk masuk ke Innley Lake ini.. Perjalanan kami di teruskan ke Pekan Innley Lake.. Suasana yang tak jauh dari sebuah perkampungan di Pekan Pontian Kecil, Johor huhuhuuu.. Aman, tenteram dan nyaman sekali.. (Pontian tu kampung arwah ayah aku so aku tau la yer ..)

Driver teksi bertanya dengan kami berapa bajet harga hotel yang kami nak mampu or boleh bayar.. Sebab mudah bagi driver teksi ni nak carikan.. Kalau mampu yang mahal akan terus di bawa kami ke hotel-hotel 3 bintang ke atas.. Kalau bajet bawah sket so direct jer terus ke hotel-hotel bawah 3 bintang gitu..


Antara beberapa buah accommodation yang di suggestkan oleh driver teksi..
Dan akhirnya kami dapat jugak accommodation bajet kami.. Lady Princess Hotel
Okay satu lagi peringatan untuk korang yang datang ke Innley Lake ni.. Kalau nak walk in make sure bukan dalam pick season.. Sebab agak susah bagi kami untuk mendapatkan accommodation.. sebab kami berempat perlukan dua buah bilik..  Ada hotel yang full.. ada yang remain cuma satu bilik available.. Lebih 7 buah hotel dan homestay kami bertanya.. (Lagi pun bila dah travel dengan orang perempuan ni - Diorang nak Wifi tu wajib dan aircond to compulsory huhuhuuu... :P )

At last kami dapat jugak tempat penginapan di Lady Princess Hotel.. Dua standart room dengan kemudahan aircond dan wifi - walau tak kuat huhuu.. Dan lagi bila best dapat sekali dengan private bathroom with toiletries.. Dan harga bilik include breakfast.. Harga bilik USD 25.00 per night.. okla bila dah travel dengan ladies kan :P

Peringatan untuk korang nak cari accommodation di Pekan Innley Lake ni.. First kene make sure tempat tinggal korang tu mestilah dekat dengan jeti Innley Lake itu sendiri that is the main attraction.. Second is mestilah tak jauh dari main street yang mana di situlah tempat kalau nak shopping atau nak mudah cari makanan..

Will Continue Part 4

Thursday, 24 December 2015

A Magical Cristmas Hi Tea Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 1Malaysia..


Okay rezeki aku untuk makan dan review hujung tahun ini.. Untuk kali ini dipanggil join dan review satu acara perasmian untuk festival perayaan pada tahun ini bertempat di Saffron Brasseries, Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur.. Dengan tema "A Magical Christmas, The Nutcraker's Tale".. 

"The magic continue at its Saffron Brasseries with a X' Mas Day Buffet Hi-Tea, Created exclusively by the hotel's team of talented chef's. The Saffron X' Mas  Buffet Hi-Tea offer  an exclusive spread of traditional Christmas delights while dining in a cozy ambiance, bringing back fond memories of dining with family and friends at home.."


Bertemakan A Magical Christmas The Cracker's Tale..
Welcome to Saffron Brasseries at AnCasa Hotel..
Antara penyambut tetemu di lobi Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur..

Satu pandangan yang amat mengkagumkan apabila anda sampai di lobi hotel ini ialah Gingerbread House yang dibina di lobi hotel oleh chef-chef dan aritsan yang sangat berbakat.. Terdapat juga Gula-Gula, Biskut Halia, dan pelbagai jenis coklat yang bertemakan perayaan ini di jual di sini.. Dan lebih 100 patung Nutcracker yang menghiasa Gingerbread House ini.. Termasuk lah 2 buah patung setinggi 6 kaki mengawal di pintu masuk..


Kata Ketua Chef Yohanis Jalaluddin - Konsep "A Magical Christmas The Nut Cracker's Tale" buffet ini diilhamkan dari menu tradisi Christmas bagi memberi peluang kepada para tetamu untuk menikmati sajian di Saffron Brasseires dalam suasana yang amat selesa serta mengimbau kembali kenangan meraikan Christmas bersama orang yang tersayang.. 


The Saffron Staff, Management Hotel Staff, The Blogger and The Chef..
Antara berpuluh-puluh jenis makanan yang di cuba huhuhuuu... :P
Aku perasmi ayam turkey ni.. Thanks Chef !!!

Bagi membolehkan pengunjung mengimbau kenangan manis itu Chef Yohanis serta team beliau menyediakan santapan Chrstmas ini dengan menu-menu terpilih bermula dengan aneka salad pembuka selera dan canapes, sup, variasi jenis makanan barat dan di akhiri dengan pemanis mulut yang amat memukaukan mata yang meilhat..

Oleh itu Restoran Saffron Brasseries ini menjemput sesiapa sahaja bagi merasai sendiri keunikan cita rasa yang dihidangkan sempena perayaan ini.. Dan beberapa sajian yang diketegorikan sebagai "MESTI CUBA" ialah.. Roasted Turkey dengan Cranberry Sauce, Giblet Sauce dan Chestnut Stuffing, Viennese Beef Goulash, Fish Schnitzel, dan Lamb Struddle..

Seperti biasa hidangan istimewa hebat mana pun tidaklah akan lengkap jika tiada penutupnya yang selalu kita dengar sebagai  keenakan pemanis mulut.. Maka di sini antara yang di sajikan seperti pelbagai jenis Chocolate Pudding.. Linzer Torte dan  Sacher Torte.. :D



Dalam banyak-banyak ni.. aku paling tertarik dengan ayam turkey tu hahahah :P
Antara menu lain dari beef hingga la ke Seafood semua ada  wiiii... :D
Antara beberapa pemanis mulut yang disediakan di sini..

Sajian Buffet Hi-Tea ini tersedia bermula jam 12.00 tengah hari sehingga 4.00 petang pada 25 Disember 2015 pada kadar cuma RM48.00 bersih seorang bagi dewasa serta RM28.00 bersih untuk kanak-kanak berumur 4-12 tahun. kami juga ada menyediakan tawaran istimewa iaitu '9+1 Deal' untk 9 orang pengunjung dewasa, seorang makan percuma!

Sebarang pertanyaan / tempahan, sila hubungi 03-2026 6060 ext 7703

AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur merupakan sebahagian daripada AnCasa Hotel & Resort Group yang dimiliki oleh UDA Holdings Berhad yang juga mempunyai hotel yang terletak di Pahang, Port Dickson, dan Pulau Pinang. Sila layari laman www.ancasahotels.com untuk kadar yang terbaik


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...